Tekanan atau stress adalah satu tindakbalas fisiologikal dan
psikologikal ke atas permintaan terhadap seseorang. Ini bermaksud, tekanan yang
melanda seseorang akan menyebabkan fikiran dan fizikal individu tersebut
bertindak balas mengikut keadaan dan tahap tekanan tersebut. Sekiranya tahap
tekanan tersebut adalah rendah maka tindakbalas individu terbabit juga tidak
terlalu besar dan begitu juga sebaliknya. Stres merupakan perkataan pinjaman yang bersal daripada
perkataan bahasa Inggeris; “stress” yang membawa maksud tekanan, titik
berat, dan ketegangan.
Menjadi guru biasa kini tidaklah semudah yang disangka.
Cabaran tugas dan tanggungjawab yang diletakkan di bahu guru-guru kini ternyata
amat berat.Pendidikan yang menjadi teras pembentukan mana-mana generasi turut
terpanggil dan terheret untuk menangani cabaran era globalisasi. Acuan
pendidikan yang tepat dan bersesuaian amat penting bagi menentukan hala tuju
pembinaan tamadun manusia dan negara di Malaysia.
Untuk menanggani cabaran-cabaran yang dihadapi ,
seseorang guru itu perlulah mempunyai ciri dan kualiti yang profesional sesuai
dengan peroses globalisasi ini. Cabaran guru untuk merealisasikan Misi
Kementerian Pendidikan, khasnya meningkatkan kualiti sekolah ialah guru
haruslah sentiasa berusaha meningkatkan taraf professional melalui latihan
dalam perkhidmatan, perlaksanaan penyelidikan tindakan secara kolaborasi,
membuat refleksi kendiri, memupuk budaya ilmu, menambah ilmu dan kemahiran
melalui e-pembelajaran dan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang
terkini untuk merancang serta melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dengan berkesan.
Seorang guru berkualiti juga perlu mempertingkatkan
Profesionalisme. Guru harus sedar tentang tugas dan amanah yang dipikul untuk
mendidik generasi yang akan mencapai wawasan negara. Kemahiran dan pengetahuan
dalam aspek pendidikan perlu dikemaskini. Berusaha mengaplikasi kaedah- kaedah
pengajaran dan pendidikan terkini. Guru perlu menyambut baik dengan mengikuti
kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak-pihak berwajib agar dapat
mempertingkatkan keupayaan, ketahanan dan prestasi bagi mendepani cabaran yang
semakin kompleks ini. Dengan ini suatu anjakan paradigma dapat dilakukan oleh
para pendidik.
Terdapat banyak
punca berlakunya stres dikalangan guru. Faktor-faktor ini dapat dibahagikan
kepada lima faktor utama;
- Faktor diri.
- Faktor interpersonal.
- Faktor organisasi.
- Faktor kekurangan sumber.
Faktor diri
Pada zaman yang
sangat mencabar, pekerjaan yang diimpikan amat sukar untuk diperolehi.
Kebanyakan mahasiswa keluaran universiti-unversiti tempatan terpaksa mengangur
begitu lama untuk mencari pekerjaan yang selesea, mudah, dan menjanjikan gaji
yang lumayan.
Profesion
keguruan sering dilihat sebagai pilihan terakhir.
Sering kali profesion ini dianggap sebagai profesion peringkat pertengahan di bawah profesion professional yang lain seperti doktor, jurutera, peguam dan lain-lain. Ini menyebabkan ramai dikalangan guru yang tidak ikhlas semasa memilih profesion ini. Mereka meramalkan profesion ini begitu selesa dan tidak menyusahkan kerana beranggapan tanpa latihan asas pun mereka masih boleh menjadi guru dan menerima gaji bulanan yang lumayan disamping cuti yang banyak.
Sering kali profesion ini dianggap sebagai profesion peringkat pertengahan di bawah profesion professional yang lain seperti doktor, jurutera, peguam dan lain-lain. Ini menyebabkan ramai dikalangan guru yang tidak ikhlas semasa memilih profesion ini. Mereka meramalkan profesion ini begitu selesa dan tidak menyusahkan kerana beranggapan tanpa latihan asas pun mereka masih boleh menjadi guru dan menerima gaji bulanan yang lumayan disamping cuti yang banyak.
Hal ini
menyebabkan golongan guru seperti ini menghadapi tekanan sebaik sahaja
menjalani kehidupan sebagai seorang guru kerana realiti situasi yang dihadapi
tidak seperti apa yang diramalkan. Menjadi seorang guru bukanlah sesuatu yang
mudah. Insan guru mestilah insan yang ikhlas dan sanggup berkorban.
Faktor
Interpersonal
Daripada
kajian yang telah dijalankan,di antara faktor
interpersonal stres dikalangan guru ialah meraka merasakan diri mereka tersisih
daripada rakan sekerja. Selain daripada itu, rakan guru juga mementingkan diri
serta tidak menghormati tindakan, perasaan serta pendapat dari rakan guru yang
lain.
Hal ini
sepatutnya tidak berlaku kerana setiap insan guru perlulah meningkatkan
motivasi diri, menanam sikap tolong menolong, bekerjasama dalam menyelesaikan
sesuatu tugasan yang ditetapkan. Di samping menghormati perasaan dan pendapat
rakan sekerja dengan hati yang terbuka dan cuba mempertingkatkan kelemahan yang
ada pada diri.
Faktor
Organisasi
Faktor
organisasi merupakan antara faktor yang terbesar menyebabkan stres dikalangan
guru. Faktor ini juga merupakan faktor yang utama dalam sektor awam selain
guru. Antara faktor-faktor stres yang dikategorikan sebagai faktor organisasi
ialah;
- Semua kerja perlu segera - kesuntukan masa.
- Tugasan kerja berterusan (kronik).
- Perbezaan persediaan tugas dengan ketetapan tugas.
- Tugasan kerja kerana kuantitatif dan kualitatif.
- Perubahan dasar yang drastik.
Faktor
kekurangan Sumber.
Kekurangan
sumber terutamanya sumber tenaga manusia merumitkan lagi masalah stres yang
dihadapi dalam bidang keguruan. Kekurangan guru sememangnya diakui merupakan
faktor yang rumit dan sukar diatasi.
Hal ini menabahkan lagi bebanan kerja
guru-guru sedia ada secara terus menerus. Tahap stres guru sememangnya
bertambah berikutan keadaan jumlah guru yang kurang dan tidak seimbang serta
peningkatan jumlah murid tahun, guru-guru seringkali memikul tanggung jawab dan
bebanan yang banyak.
0 comments:
Post a Comment