Jenis Emosi atau Perasaan.
1. Gembira
Semua manusia
inginkan kegembiraan. Kalau dapat mereka tidak mahu bertemu
dengan kesedihan, ketakutan, kekhuatiran, kemarahaan dalam kamus hidup
mereka. Akan tetapi sudah menjadi sunnatullah bahawa kejadian di alam ini
adalah dalam berpasangan. Bila ada kesedihan, mesti ada kegembiraan.
dengan kesedihan, ketakutan, kekhuatiran, kemarahaan dalam kamus hidup
mereka. Akan tetapi sudah menjadi sunnatullah bahawa kejadian di alam ini
adalah dalam berpasangan. Bila ada kesedihan, mesti ada kegembiraan.
Apabila
seseorang gembira, mereka melahirkan rasa seronok dan menggalakkan mereka
bercakap mengenai sesuatu yang mereka sukai. Sebagai contoh, apabila seseorang
mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan, orang itu akan memberitahu
berita tersebut kepada ibu bapanya, sahabat, jiran dan sebagainya. Perasaan
seronok membuatkan seseorang berasa tenang, bersemangat, melupakan masalah yang
sedang dihadapi dan sebagainya. Kadang kala,
apabila seseorang itu terlampau seronok, mereka akan menangis kerana terlalu
gembira.
Apabila
seseorang gembira, pipinya terangkat, mata berbentuk bulan sabit
serta bibir berbentuk perahu.
2. Rasa bangga
Tercetus bila seseorang terasa dihormati/dihargai
oleh orang lain atau bila ia mencapai apa yang diharapkan seperti merangsang
mereka meluahkan apa yang membuatkan mereka merasa bangga dan memberi peluang
berkongsi rasa bangga, puas dan gembira.
Selain itu, rasa bangga juga tercetus apabila
seseorang itu dipuji kerana kelebihan yang dimilikinya oleh orang lain. Sebagai
contoh, seseorang akan berasa bangga apabila diri mereka dipuji kerana
mempunyai bakat dalam lakonan.perasaan bangga juga boleh tercetus apabila
seseorang itu berjaya melakukan sesuatu hasil usahanya sendiri.
Perasaan bangga juga boleh membawa kepada kesan
negatif. Sebagai contoh, apabila seseorang itu terlampau berbangga dengan
dirinya, mereka mudah terlupa dan seterusnya mungkin meninggi diri atau
sombong. Perasaan bangga seharusnya dikawal agar tidak mendatangkan kesan buruk
terhadap diri sendiri.
3. Simpati
Perasaan simpati merupakan perasaan yang baik dan
perasaan ini terdapat di dalam diri setiap individu. Simpati bermaksud perasan
belas kasihan atau ambil berat terhadap sesuatu perkara yang berlaku. Perasaan
simpati selalunya tercetus terhadap perkara-perkara sedih atau kemalangan.
Perasaan simpati terhasil apabila seseorang itu
melihat atau merasai akan kesedihan yang dialami oleh individu lain. Sebagai
contoh, anda akan berasa simpati apabila rakan karib anda ditimpa musibah dan
anda akan kasihan kepadanya lalu cuba untuk mengurangkan masalah yang dihadapi
oleh kawan anda itu.
Selain daripada perasaan simpati terhadap sesama
manusia, perasaan simpati juga berlaku terhadap binatang dan tumbuhan. Perasaan
simpati atau belas kasihan ini ditunjukkan melalui perbuatan seperti memberi
haiwan makan, menghantar haiwan peliharaan ke klinik haiwan jika haiwan itu
sakit dan sebagainya. Di dalam ajaran agama islam juga menyeuruh agar setiap
manusia menjaga serta belas kasihan terhadap haiwan.
4. Malu
Setiap manusia mempunyai perasaan malu baik lelaki
atau wanita. Perasaan ini menjadikan manusia menyedari kepentingan perilaku
yang baik dan mengelak daripada melakukan sesuatu yang dikatakan memalukan. Ini
membantu mereka mengawal tingkah laku mereka sendiri.
Selalunya, apabila seseorang bersa malu, mukanya
akan kemerah-merahan, kepala tertunduk, diam dan kadang kala lari daripada
perkara yang memalukan itu. Perasaan malu mempunyai kesan positif dan negatif.
Kesan positifnya ialah perasaan malu dapat
menghalang seseorang itu daripada melakukan perkara melampaui batas, memalukan,
menjatuhkan maruah dan sebagainya. Manakala kesan negatifnya pula ialah apabila
perasaan malu dalam diri seseorang itu terlampau malu tidak bertempat, merka
mungkin menghadapi kesukaran dalam berbagai perkara seperti berhadapan dengan
orang ramai, tidak yakin membuat sesuatu perkara dan sebagainya.
Justeru, perasaan malu perlu dikawal dengan baik
agar ia tidak mendatangkan kesan negatif di dalam diri.
5. Reda
Perasaan reda atau pasrah wujud di dalam diri
seseorang apabila sesuatu perkara atau peristiwa telah berlaku sama ada yang
baik atau buruk. Perasaan ini selalunya timbul di dalam diri seseorang yang
mempunyai pemikiran positif dan tidak mudah putus asa.
Selalunya, apabila seseorang ditimpa musibah,
mereka akan menyalahkan orang lain serta tidak dapat menerima musibah dan
mengeluh. Tetapi, kepada orang yang mempunyai pemikiran positif, mereka dapat
menerima musibah dengan hati terbuka dan menganggap ia sebagai satu ujian
daripada Tuhan. Mereka akan reda dengan ketentuan Ilahi dan bangkit dari
kesilapan untuk memperbaiki kelemahan.
6. Rindu
Emosi rindu merupakan suatu perasaan yang selalu
kita dengari. Rindu merupakan satu perasaan yang menyeksakan bagi sesetengah
orang. Perasaan ini berkait rapat dengan hubungan sesama manusia.
Perasaan ini tercetus apabila orang yang disayang
atau rapat tidak ada di depan mata. Apabila orang yang disayang itu berjauhan,
maka perasaan rindu pada orang itu mula timbul. Ada orang kata, ubat hilangkan
rindu ialah berjumpa dengan orang yang dirindu itu.
7. Sedih
Emosi sedih akan timbul bilamana seseorang
dihadapkan pada keadaan yang mengecewakan, menggelisahkan atau muncul sebagai akibat penderitaan kerana luka
atau sakit.
Emosi sedih boleh membuatkan seseorang itu berasa
tertekan dan murung. Justeru, apabila seseorang berasa sedih, dia hendaklah
mengawal perasaan itu dengan sebaiknya. Membuat aktiviti seperti bersenam,
berjumpa kawan-kawan dan sebagainya dapat melupakan seketika perasaan sedih
itu. Jika boleh, kongsi perasaan sedih itu bersama teman rapat agar perasaan
sedih dapat dikurangkan.
8. Marah
Marah adalah merupakan emosi yang hadir bersama
emosi yang lain seperti kecewa, tersinggung, malu, tertekan, takut, rasa tidak
dihargai, tidak diterima dan bimbang. Pertembungan emosi tersebut menyebabkan kita marah.
Kemarahan yang
kita pamerkan ini kadangkala sukar untuk kita kawal sehingga wujudnya
perlakuan-perlakuan negatif yang kita sendiri tidak bermaksud untuk melakukannya.
Sekarang ini banyak kita baca dan kita lihat pelbagai insiden yang melibatkan
emosi marah.
Apabila kita
marah seluruh tubuh kita bertindakbalas terhadap rangsangan emosi tersebut.
Dalam konteks fisiologi, tubuh kita menggeletar, jantung berdegup kencang dan
suara menjadi kuat. Apabila ini yang berlaku, maka kita perlu bersikap rasional
kerana ianya boleh mengundang perkara yang buruk.Apapun,
kemarahan itu sebenarnya boleh dikawal dan diuruskan dengan baik. Di negara
barat, institusi yang berkaitan dengan pengurusan marah banyak diwujudkan.
Tidak seperti negara asia yang masih lagi terbelenggu dengan perasaan malu
untuk berjumpa kaunselor atau psikatri untuk meluahkan pendaman mereka akibat
rasa marah.
9. Takut
Takut ialah perasaan terancam, suatu motivasi
ingin memastikan keselamatan diri dari aspek fizikal dan psikologi.
Berlakunya ketegangan mental akan memunculkan rasa
takut. Ketakutan seseorang individu berbeza dengan ketakutan individu yang lain. Ada yang takut melihat ular, anjing, takut pada ketinggian, takut berbicara hadapan
orang ramai dan sebagainya.
orang ramai dan sebagainya.
10. Cemas
Asalkan tidak keterlaluan, sebenarnya ia membantu
seseorang berusaha mengambil langkah mengelak diri dari menghadapi masalah,
belajar menahan perasaan bimbang dan bertindak proaktif untuk menunjukkan
sesuatu yang terbaik.
11. Rasa bersalah
Wujud bila seseorang
melakukan sesuatu yang dianggap ‘keluar’ dari ’standard’ tingkah laku yang
baik. Seseorangl akan berusaha untuk tidak dianggap bersalah dengan berakhlak
sebaik mungkin dan sekiranya kesalahan tetap atau sudah dilakukan, perasaan ini
merangsang seseorang meluahkan perasaan dan menyedari agar berusaha untuk tidak
mengulangi pada waktu yang lain.
12. Geli
Selalunya dikaitkan dengan makanan, bau dan pandangan, suatu yang
semula jadi menjadikan seseorang berhati-hati agar tidak ‘terkena’ apa yang
yang beliau geli. Perasaan ini perlu dihormati dan bantu
mereka mencari sebab mengapa mereka berperasaan begitu.
13. Kecewa
Perasaan kecewa timbul apabila sesuatu yang kita
inginkan tidak tercapai. Kecewa juga boleh hadir apabila orang yang kita
percaya menipu diri kita. Kita akan menangis atau bermurung ketika bersedih. Selalunya, perasaan sedih akan beransur
hilang dari hari ke hari. Selepas kecewa, kita mungkin akan bangkit dari
kekecewaan dan bangkit menebus kekecewaan itu.
14. Terkejut
Seseorang
apabila dia menduga sesuatu akan berlaku tetapi yang terjadi itu
adalah tidak terduga maka akan membuat dia merasa terkejut dan akibatnya
jiwa akan tertekan. Semasa terkejut, degupan jantung akan bertambah dan kadang kala badan akan menggigil.
adalah tidak terduga maka akan membuat dia merasa terkejut dan akibatnya
jiwa akan tertekan. Semasa terkejut, degupan jantung akan bertambah dan kadang kala badan akan menggigil.
15. Stress
Satu keadaan gangguan emosi, pemikiran dan fizikal
seseorang. Apabila seseorang mengalami stress, mereka akan menunjukkan
tanda-tanda dan perubahan fizikal seperti sakit, terlalu kurus atau gemuk,
hilang keceriaan diri, lesu, letih dan sebagainya. Mereka juga mengalami
perubahan sikap seperti mudah marah, bosan, tidak mampu menguruskan diri,
sentiasa berpandangan negatif, hilang pertimbangan dan sebagainya.
16. Cemburu
Cemburu merupakan suatu perasaan yang ada di dalam
diri setiap manusia. Perasaan cemburu timbul apabila seseorang berasa tidak
setanding dengan orang lain. Sebagai
contoh, seseorang akan berasa cemburu apabila orang lain lebih hebat atau
dipandang tinggi berbanding dirinya.
Cemburu juga
berlaku apabila orang yang kita sayangi atau cintai rapat dengan orang lain. Sebagai
contoh, si isteri akan berasa cemburu apabila suaminya rapat dengan perempuan
lain.
0 comments:
Post a Comment