Pages

Friday, 13 March 2015

EMOSI


Pengertian Emosi


Gangguan emosi adalah keadaan emosi yang menyebabkan gangguan pada diri seseorang, baik kerana emosi yang timbul terlalu kuat atau emosi yang tidak hadir. Kerana pada hakikatnya tidak ada emosi yang positif dan positif, tergantung persepsi individu yang terkait dan akibat yang akan dialaminya

Emosi merupakan reaksi terhadap rangsangan dari luar dan dalam diri individu. Sebagai contoh emosi gembira mendorong perubahan suasana hati seseorang, sehingga secara fisiologi terlihat tertawa, emosi sedih mendorong seseorang berperilaku menangis.

Emosi berkaitan dengan perubahan fisiologi dan berbagai fikiran. Jadi, emosi merupakan salah satu aspek penting dalam kehidupan manusia, kerana emosi dapat merupakan motivator perilaku dalam erti meningkatkan, tapi juga dapat mengganggu perilaku intensional manusia.

Setiap individu mempunyai emosi sendiri. Terdapat banyak jenis emosi asas manusia yang kerap dirasai oleh kita. Contoh emosi asas manusia ialah perasaan gembira, simpati, malu, sedih, marah dan takut. Berikut ialah huraian dan contoh situasi emosi asas manusia.

Emosi boleh dikenalpasti  sebagai satu keadaan yang dialami oleh seseorang manusia yang melibatkan beberapa perubahan proses fisiologi, diri dan psikologi. Perubahan pada emosi ini  akan mempengaruhi komunikasi emosi seperti ekspresi muka, perkataan, isyarat dan tingkahlaku lain yang dipaparkan oleh seseorang itu. 

Contoh emosi asas manusia yang pertama ialah perasaan gembira. Apabila seseorang berasa gembira, mereka akan melahirkan rasa seronok dan menggalakkan mereka berkongsi perkara yang gembira itu dengan orang lain. Perasaan gembira membuatkan seseorang berasa bersemangat dan melupakan masalah yang dihadapi seketika. Apabila seseorang gembira, pipinya terangkat, mata berbentuk bulan sabit serta bibir berbentuk perahu. Kadang kala, perasaan gembira itu terlampau dan akan menyebabkan seseorang itu menangis. Contohnya, apabila seseorang peserta nyanyian berjaya memenangi sesuatu pertandingan, individu tersebut akan berasa gembira dan akan memberitahu berita itu kepada ahli keluarga, sahabat, jiran tetangga dan sebagainya.







Contoh emosi asas manusia 

Contoh emosi asas manusia yang kedua ialah perasaan marah. Marah ialah emosi yang hadir bersama emosi yang lain seperti kecewa, tersinggung, malu, tertekan, takut, rasa tidak dihargai dan bimbang. Kemarahan itu kadangkala sukar untuk dikawal sehingga wujudnya perlakuan-perlakuan negatif yang manusia sendiri tidak bermaksud untuk melakukannya. Apabila kita marah seluruh tubuh kita bertindak balas terhadap rangsangan emosi tersebut. 

Dalam konteks fisiologi, tubuh kita menggeletar, jantung berdegup kencang dan suara menjadi kuat. Apabila ini yang berlaku, maka kita perlu bersikap rasional kerana ianya boleh mengundang perkara yang buruk. Contohnya, apabila seorang anak bersikap nakal, ibu akan berasa marah. Sesetangah ibu akan memarahi anaknya, sesetangah ibu pula akan cuba berbincang dengan anaknya dengan tenang.Contoh emosi asas manusia yang ketiga ialah perasaan bangga. Perasaan ini tercetus apabila seseorang berasa dirinya dihormati dan dihargai oleh orang lain atau apabila ia mencapai apa yang diharapkan. 

Perasaan bangga juga boleh tercetus apabila seseorang itu berjaya melakukan sesuatu hasil usahanya sendiri. Selain itu, rasa bangga juga tercetus apabila seseorang itu dipuji kerana kelebihan yang dimilikinya oleh orang lain. Sebagai contoh, seseorang pelakon akan berasa bangga apabila diri mereka dipuji kerana mempunyai bakat dalam lakonan. Perasaan bangga juga boleh membawa kepada kesan negatif. Sebagai contoh, apabila seseorang itu terlampau berbangga dengan dirinya, mereka mudah terlupa dan seterusnya mungkin mulai menjadi sombong. Perasaan bangga seharusnya dikawal agar tidak mendatangkan kesan buruk terhadap diri sendiri dan orang lain.

Contoh emosi asas yang seterusnya ialah perasaan sedih. Emosi sedih akan timbul apabila seseorang berhadapan dengan keadaan yang mengecewakan, menggelisahkan atau muncul sebagai akibat penderitaan kerana luka atau sakit. Emosi sedih boleh membuatkan seseorang itu berasa tertekan dan murung. Justeru, apabila seseorang berasa sedih, dia hendaklah mengawal perasaan itu dengan sebaiknya. Sebagai contoh, apabila seseorang pelajar telah gagal dalam peperiksaan, dia akan berasa sedih. Pada masa itu, pelajar tersebut perlulah berjumpa dengan rakan-rakan atau ahli keluarganya untuk meluahkan perasaan sedihnya supaya tidak menimbulkan fikiran yang negatif.


Tanda-tanda atau perubahan emosi seseorang 

Jika seseorang itu mudah marah jika bertanya perkara yang remeh temeh, mudah terasa hati jika ditegur, cepat down apabila ditimpa masalah, terlalu memandang sesuatu yang kecil menjadi perkara yang rumit dan bercakap sesuka hati tanpa memikirkan emosi atau perasaan orang lain.

Individu yang memiliki tahap kecerdasan emosi yang tinggi adalah seorang individu yang boleh mengawal perasaan dan tindakan sendiri, mempunyai daya ketahanan untuk mencapai matlamat hidup, boleh mengurus perasaan negatif serta mudah menjalinkan persahabatan dengan orang lain. Manakala individu yang memiliki tahap kecerdasan emosi yang rendah pula akan bertindak mengikut perasaan tanpa memikirkan akibatnya dan mempunyai matlamat hidup yang kurang jelas. Selain itu juga, individu tersebut kurang mahir mengurus perasaan negatif serta kurang mahir dalam menjalinkan persahabatan dengan orang lain.

0 comments:

Post a Comment

 

Template by cikgumalarvile