Pages

Saturday, 14 March 2015

MENGENDALIKAN STRES DI KALANGAN GURU


Kesemua faktor yang menyumbang kepada masalah stres di kalangan guru seharusnya diambil perhatian sepenuhnya oleh semua pihak seterusnya di atasi dengan cara yang palin sesuai dan berkesan. Sebagai tunggak pendidikan negara, guru sememangnya perlu bijak menangani segala isu pendidikan agar dapat mengawal stres. Oleh itu, guru perlu bijak dalam mengendalikan stres. Kegagalan guru untuk mengendalikan stres memberikan kesan negatif kepada kesejahteraan fizikal, mental dan emosi guru sekaligus menjejaskan profesion keguruan dan bidang pendidikan negara.

Stress dalam kalangan guru dapat dikendalikan dengan strategi berikut:

1.Kenal pasti reaksi emosional.




Apabila keperluan emosi dapat dikenal pasti maka seseorang guru boleh menangani stress dengan cara yang lebih positif. Contoh situasi, seorang guru perempuan tidak bersefahaman dengan pengetua di sekolahnya. Guru tersebut telah menangani stress dengan cara yang negatif, iaitu menengking pengetua itu. 

Setelah guru tersebut mengetahui keperluan emosi dalam dirinya, guru tersebut sedar bahawa tindakannya adalah kerana suatu masa dahulu ayahnya telah menggunakan pendekatan yang sama oleh pengetua itu, iaitu lagak bapa yang menghukum anaknya. Guru tersebut sedar bahawa dia inginkan pengetua itu menghargai beliau. Guru tersebut telah berhadapan dengan pengetua dan memberitahu perasaannya itu. Akhirnya, hubungan mereka berjaya dipulihkan.

2. Komitmen sosial.

Apabila berhadapan dengan stress, guru memerlukan sokongan daripada orang-orang di sekelilingnya. Oleh itu, komitmen sosial amatlah penting.


3.Kehidupan fizikal.

Stress menjejaskan kesihatan dari segi imunisasi tubuh. Oleh itu, seseorang guru harus tahu teknik yang berkesan untuk menangani stress terutamanya menjelang waktu-waktu tekanan memuncak seperti musim peperiksaan pelajar dan pertukaran pentadbiran di sekolah.

Pengetahuan dalam senaman rutin dan pelan makanan seimbang boleh membantu guru menangani stress. Seorang guru perlu memberi perhatian kepada penjagaan kesihatan dan kecergasan diri. Perbanyakkan melakukan dan menyertai aktiviti yang menjurus kepada senaman berbentuk fizikal seperti aerobik dan bermain badminton serta melakukan secara beramai-ramai bagi menimbulkan suasana yang harmoni dan penuh gelak-ketawa.

Selain dari menjaga kecergasan diri, guru juga boleh bersosial dengan teman-teman rapat dalam masa yang sama untuk bertukar-tukar pandangan dan pendapat  tentang sesuatu isu.

Semua guru haruslah mengamalkan gaya hidup yang sihat dalam kehidupan seharian. Ini termasuklah menjaga soal pemakanan dengan pengambilan makanan yang seimbang serta banyak menghabiskan masa dengan keluarga dan mengelakkan gaya hidup yang negatif seperti merokok, minum arak, berhibur di kelab malam dan sering tidur lewat.


4.Intelek
Guru hendaklah bergaul dengan golongan yang memiliki tahap intelek yang serupa dengan mereka kerana aspek intelek boleh membantu guru menangani stress (Gold Yvonne dan A. Roth Robert, 1993).

Dengan menjadi guru tidak semestinya kita tidak perlu menambah ilmu pengetahuan terutamanya dalam mengetehui cara mengatasi stres. Guru seharusnya terus memperbanyakkan maklumat mengenai pengurusan tekanan dari pembacaan buku ataupun rencana akhbar mahupun menonton rancangan-rancangan berkaitan di televisyen. Lebih banyak maklumat yang diperolehi maka  lebih mudahlah untuk seseorang guru mengurus tekanannya.

Stress jika dibiarkan, boleh mendatangkan kesan sampingan yang tidak baik. Justeru adalah penting untuk mengubah diri individu untuk menangani stress dengan cara yang terbaik. Kenal pasti punca yang menyebabkan masalah tersebut dan ubah. Dengan mengetahui punca stress tersebut, individu bukan hanya meringankan masalah kini malah menghindarkan berulangnya masalah serupa pada masa akan datang. 

Contohnya, jika seseorang guru kecewa dengan perbalahan dengan pelajarnya, guru tersebut mungkin menyedari bahawa punca kekecewaannya itu bukan disebabkan oleh tingkah laku pelajar tetapi harapan yang tidak realistik guru berkenaan. Dengan mengubah standard yang ingin dicapai, guru tersebut akan mendapati bahawa tingkah laku pelajar tidak lagi mengganggunya.












0 comments:

Post a Comment

 

Template by cikgumalarvile