Saturday, 14 March 2015
MENGENDALIKAN STRES DI KALANGAN GURU
Kesemua faktor yang menyumbang kepada masalah stres di
kalangan guru seharusnya diambil perhatian sepenuhnya oleh semua pihak
seterusnya di atasi dengan cara yang palin sesuai dan berkesan. Sebagai tunggak
pendidikan negara, guru sememangnya perlu bijak menangani segala isu pendidikan
agar dapat mengawal stres. Oleh itu, guru perlu bijak dalam mengendalikan
stres. Kegagalan guru untuk mengendalikan stres memberikan kesan negatif kepada
kesejahteraan fizikal, mental dan emosi guru sekaligus menjejaskan profesion
keguruan dan bidang pendidikan negara.
Stress dalam kalangan guru dapat dikendalikan dengan
strategi berikut:
1.Kenal pasti reaksi emosional.
1.Kenal pasti reaksi emosional.
Apabila keperluan
emosi dapat dikenal pasti maka seseorang guru boleh menangani stress dengan
cara yang lebih positif. Contoh situasi, seorang guru perempuan tidak
bersefahaman dengan pengetua di sekolahnya. Guru tersebut telah menangani
stress dengan cara yang negatif, iaitu menengking pengetua itu.
Setelah guru
tersebut mengetahui keperluan emosi dalam dirinya, guru tersebut sedar bahawa
tindakannya adalah kerana suatu masa dahulu ayahnya telah menggunakan
pendekatan yang sama oleh pengetua itu, iaitu lagak bapa yang menghukum
anaknya. Guru tersebut sedar bahawa dia inginkan pengetua itu menghargai
beliau. Guru tersebut telah berhadapan dengan pengetua dan memberitahu
perasaannya itu. Akhirnya, hubungan mereka berjaya dipulihkan.
2. Komitmen
sosial.
Apabila
berhadapan dengan stress, guru memerlukan sokongan daripada orang-orang di
sekelilingnya. Oleh itu, komitmen sosial amatlah penting.
3.Kehidupan
fizikal.
Stress
menjejaskan kesihatan dari segi imunisasi tubuh. Oleh itu, seseorang guru harus
tahu teknik yang berkesan untuk menangani stress terutamanya menjelang
waktu-waktu tekanan memuncak seperti musim peperiksaan pelajar dan pertukaran
pentadbiran di sekolah.
Pengetahuan
dalam senaman rutin dan pelan makanan seimbang boleh membantu guru menangani stress.
Seorang guru perlu memberi perhatian kepada penjagaan kesihatan dan kecergasan
diri. Perbanyakkan melakukan dan menyertai aktiviti yang menjurus kepada
senaman berbentuk fizikal seperti aerobik dan bermain badminton serta melakukan
secara beramai-ramai bagi menimbulkan suasana yang harmoni dan penuh
gelak-ketawa.
Selain dari
menjaga kecergasan diri, guru juga boleh bersosial dengan teman-teman rapat
dalam masa yang sama untuk bertukar-tukar pandangan dan pendapat tentang
sesuatu isu.
Semua guru
haruslah mengamalkan gaya hidup yang sihat dalam kehidupan seharian. Ini
termasuklah menjaga soal pemakanan dengan pengambilan makanan yang seimbang
serta banyak menghabiskan masa dengan keluarga dan mengelakkan gaya hidup yang
negatif seperti merokok, minum arak, berhibur di kelab malam dan sering tidur
lewat.
4.Intelek
Guru hendaklah
bergaul dengan golongan yang memiliki tahap intelek yang serupa dengan mereka
kerana aspek intelek boleh membantu guru menangani stress (Gold Yvonne dan A.
Roth Robert, 1993).
Dengan menjadi
guru tidak semestinya kita tidak perlu menambah ilmu pengetahuan terutamanya
dalam mengetehui cara mengatasi stres. Guru seharusnya terus memperbanyakkan maklumat
mengenai pengurusan tekanan dari pembacaan buku ataupun rencana akhbar mahupun
menonton rancangan-rancangan berkaitan di televisyen. Lebih banyak maklumat
yang diperolehi maka lebih mudahlah untuk seseorang guru mengurus
tekanannya.
Stress jika
dibiarkan, boleh mendatangkan kesan sampingan yang tidak baik. Justeru adalah
penting untuk mengubah diri individu untuk menangani stress dengan cara yang
terbaik. Kenal pasti punca yang menyebabkan masalah tersebut dan ubah. Dengan
mengetahui punca stress tersebut, individu bukan hanya meringankan masalah kini
malah menghindarkan berulangnya masalah serupa pada masa akan datang.
Contohnya, jika seseorang guru kecewa dengan perbalahan dengan pelajarnya, guru
tersebut mungkin menyedari bahawa punca kekecewaannya itu bukan disebabkan oleh
tingkah laku pelajar tetapi harapan yang tidak realistik guru berkenaan. Dengan
mengubah standard yang ingin dicapai, guru tersebut akan mendapati bahawa
tingkah laku pelajar tidak lagi mengganggunya.
TEKANAN DI ALAMI OLEH GURU
Tekanan atau stress adalah satu tindakbalas fisiologikal dan
psikologikal ke atas permintaan terhadap seseorang. Ini bermaksud, tekanan yang
melanda seseorang akan menyebabkan fikiran dan fizikal individu tersebut
bertindak balas mengikut keadaan dan tahap tekanan tersebut. Sekiranya tahap
tekanan tersebut adalah rendah maka tindakbalas individu terbabit juga tidak
terlalu besar dan begitu juga sebaliknya. Stres merupakan perkataan pinjaman yang bersal daripada
perkataan bahasa Inggeris; “stress” yang membawa maksud tekanan, titik
berat, dan ketegangan.
Menjadi guru biasa kini tidaklah semudah yang disangka.
Cabaran tugas dan tanggungjawab yang diletakkan di bahu guru-guru kini ternyata
amat berat.Pendidikan yang menjadi teras pembentukan mana-mana generasi turut
terpanggil dan terheret untuk menangani cabaran era globalisasi. Acuan
pendidikan yang tepat dan bersesuaian amat penting bagi menentukan hala tuju
pembinaan tamadun manusia dan negara di Malaysia.
Untuk menanggani cabaran-cabaran yang dihadapi ,
seseorang guru itu perlulah mempunyai ciri dan kualiti yang profesional sesuai
dengan peroses globalisasi ini. Cabaran guru untuk merealisasikan Misi
Kementerian Pendidikan, khasnya meningkatkan kualiti sekolah ialah guru
haruslah sentiasa berusaha meningkatkan taraf professional melalui latihan
dalam perkhidmatan, perlaksanaan penyelidikan tindakan secara kolaborasi,
membuat refleksi kendiri, memupuk budaya ilmu, menambah ilmu dan kemahiran
melalui e-pembelajaran dan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang
terkini untuk merancang serta melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dengan berkesan.
Seorang guru berkualiti juga perlu mempertingkatkan
Profesionalisme. Guru harus sedar tentang tugas dan amanah yang dipikul untuk
mendidik generasi yang akan mencapai wawasan negara. Kemahiran dan pengetahuan
dalam aspek pendidikan perlu dikemaskini. Berusaha mengaplikasi kaedah- kaedah
pengajaran dan pendidikan terkini. Guru perlu menyambut baik dengan mengikuti
kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak-pihak berwajib agar dapat
mempertingkatkan keupayaan, ketahanan dan prestasi bagi mendepani cabaran yang
semakin kompleks ini. Dengan ini suatu anjakan paradigma dapat dilakukan oleh
para pendidik.
Terdapat banyak
punca berlakunya stres dikalangan guru. Faktor-faktor ini dapat dibahagikan
kepada lima faktor utama;
- Faktor diri.
- Faktor interpersonal.
- Faktor organisasi.
- Faktor kekurangan sumber.
Faktor diri
Pada zaman yang
sangat mencabar, pekerjaan yang diimpikan amat sukar untuk diperolehi.
Kebanyakan mahasiswa keluaran universiti-unversiti tempatan terpaksa mengangur
begitu lama untuk mencari pekerjaan yang selesea, mudah, dan menjanjikan gaji
yang lumayan.
Profesion
keguruan sering dilihat sebagai pilihan terakhir.
Sering kali profesion ini dianggap sebagai profesion peringkat pertengahan di bawah profesion professional yang lain seperti doktor, jurutera, peguam dan lain-lain. Ini menyebabkan ramai dikalangan guru yang tidak ikhlas semasa memilih profesion ini. Mereka meramalkan profesion ini begitu selesa dan tidak menyusahkan kerana beranggapan tanpa latihan asas pun mereka masih boleh menjadi guru dan menerima gaji bulanan yang lumayan disamping cuti yang banyak.
Sering kali profesion ini dianggap sebagai profesion peringkat pertengahan di bawah profesion professional yang lain seperti doktor, jurutera, peguam dan lain-lain. Ini menyebabkan ramai dikalangan guru yang tidak ikhlas semasa memilih profesion ini. Mereka meramalkan profesion ini begitu selesa dan tidak menyusahkan kerana beranggapan tanpa latihan asas pun mereka masih boleh menjadi guru dan menerima gaji bulanan yang lumayan disamping cuti yang banyak.
Hal ini
menyebabkan golongan guru seperti ini menghadapi tekanan sebaik sahaja
menjalani kehidupan sebagai seorang guru kerana realiti situasi yang dihadapi
tidak seperti apa yang diramalkan. Menjadi seorang guru bukanlah sesuatu yang
mudah. Insan guru mestilah insan yang ikhlas dan sanggup berkorban.
Faktor
Interpersonal
Daripada
kajian yang telah dijalankan,di antara faktor
interpersonal stres dikalangan guru ialah meraka merasakan diri mereka tersisih
daripada rakan sekerja. Selain daripada itu, rakan guru juga mementingkan diri
serta tidak menghormati tindakan, perasaan serta pendapat dari rakan guru yang
lain.
Hal ini
sepatutnya tidak berlaku kerana setiap insan guru perlulah meningkatkan
motivasi diri, menanam sikap tolong menolong, bekerjasama dalam menyelesaikan
sesuatu tugasan yang ditetapkan. Di samping menghormati perasaan dan pendapat
rakan sekerja dengan hati yang terbuka dan cuba mempertingkatkan kelemahan yang
ada pada diri.
Faktor
Organisasi
Faktor
organisasi merupakan antara faktor yang terbesar menyebabkan stres dikalangan
guru. Faktor ini juga merupakan faktor yang utama dalam sektor awam selain
guru. Antara faktor-faktor stres yang dikategorikan sebagai faktor organisasi
ialah;
- Semua kerja perlu segera - kesuntukan masa.
- Tugasan kerja berterusan (kronik).
- Perbezaan persediaan tugas dengan ketetapan tugas.
- Tugasan kerja kerana kuantitatif dan kualitatif.
- Perubahan dasar yang drastik.
Faktor
kekurangan Sumber.
Kekurangan
sumber terutamanya sumber tenaga manusia merumitkan lagi masalah stres yang
dihadapi dalam bidang keguruan. Kekurangan guru sememangnya diakui merupakan
faktor yang rumit dan sukar diatasi.
Hal ini menabahkan lagi bebanan kerja
guru-guru sedia ada secara terus menerus. Tahap stres guru sememangnya
bertambah berikutan keadaan jumlah guru yang kurang dan tidak seimbang serta
peningkatan jumlah murid tahun, guru-guru seringkali memikul tanggung jawab dan
bebanan yang banyak.
Friday, 13 March 2015
KATEGORI EMOSI MANUSIA
Jenis Emosi atau Perasaan.
1. Gembira
Semua manusia
inginkan kegembiraan. Kalau dapat mereka tidak mahu bertemu
dengan kesedihan, ketakutan, kekhuatiran, kemarahaan dalam kamus hidup
mereka. Akan tetapi sudah menjadi sunnatullah bahawa kejadian di alam ini
adalah dalam berpasangan. Bila ada kesedihan, mesti ada kegembiraan.
dengan kesedihan, ketakutan, kekhuatiran, kemarahaan dalam kamus hidup
mereka. Akan tetapi sudah menjadi sunnatullah bahawa kejadian di alam ini
adalah dalam berpasangan. Bila ada kesedihan, mesti ada kegembiraan.
Apabila
seseorang gembira, mereka melahirkan rasa seronok dan menggalakkan mereka
bercakap mengenai sesuatu yang mereka sukai. Sebagai contoh, apabila seseorang
mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan, orang itu akan memberitahu
berita tersebut kepada ibu bapanya, sahabat, jiran dan sebagainya. Perasaan
seronok membuatkan seseorang berasa tenang, bersemangat, melupakan masalah yang
sedang dihadapi dan sebagainya. Kadang kala,
apabila seseorang itu terlampau seronok, mereka akan menangis kerana terlalu
gembira.
Apabila
seseorang gembira, pipinya terangkat, mata berbentuk bulan sabit
serta bibir berbentuk perahu.
2. Rasa bangga
Tercetus bila seseorang terasa dihormati/dihargai
oleh orang lain atau bila ia mencapai apa yang diharapkan seperti merangsang
mereka meluahkan apa yang membuatkan mereka merasa bangga dan memberi peluang
berkongsi rasa bangga, puas dan gembira.
Selain itu, rasa bangga juga tercetus apabila
seseorang itu dipuji kerana kelebihan yang dimilikinya oleh orang lain. Sebagai
contoh, seseorang akan berasa bangga apabila diri mereka dipuji kerana
mempunyai bakat dalam lakonan.perasaan bangga juga boleh tercetus apabila
seseorang itu berjaya melakukan sesuatu hasil usahanya sendiri.
Perasaan bangga juga boleh membawa kepada kesan
negatif. Sebagai contoh, apabila seseorang itu terlampau berbangga dengan
dirinya, mereka mudah terlupa dan seterusnya mungkin meninggi diri atau
sombong. Perasaan bangga seharusnya dikawal agar tidak mendatangkan kesan buruk
terhadap diri sendiri.
3. Simpati
Perasaan simpati merupakan perasaan yang baik dan
perasaan ini terdapat di dalam diri setiap individu. Simpati bermaksud perasan
belas kasihan atau ambil berat terhadap sesuatu perkara yang berlaku. Perasaan
simpati selalunya tercetus terhadap perkara-perkara sedih atau kemalangan.
Perasaan simpati terhasil apabila seseorang itu
melihat atau merasai akan kesedihan yang dialami oleh individu lain. Sebagai
contoh, anda akan berasa simpati apabila rakan karib anda ditimpa musibah dan
anda akan kasihan kepadanya lalu cuba untuk mengurangkan masalah yang dihadapi
oleh kawan anda itu.
Selain daripada perasaan simpati terhadap sesama
manusia, perasaan simpati juga berlaku terhadap binatang dan tumbuhan. Perasaan
simpati atau belas kasihan ini ditunjukkan melalui perbuatan seperti memberi
haiwan makan, menghantar haiwan peliharaan ke klinik haiwan jika haiwan itu
sakit dan sebagainya. Di dalam ajaran agama islam juga menyeuruh agar setiap
manusia menjaga serta belas kasihan terhadap haiwan.
4. Malu
Setiap manusia mempunyai perasaan malu baik lelaki
atau wanita. Perasaan ini menjadikan manusia menyedari kepentingan perilaku
yang baik dan mengelak daripada melakukan sesuatu yang dikatakan memalukan. Ini
membantu mereka mengawal tingkah laku mereka sendiri.
Selalunya, apabila seseorang bersa malu, mukanya
akan kemerah-merahan, kepala tertunduk, diam dan kadang kala lari daripada
perkara yang memalukan itu. Perasaan malu mempunyai kesan positif dan negatif.
Kesan positifnya ialah perasaan malu dapat
menghalang seseorang itu daripada melakukan perkara melampaui batas, memalukan,
menjatuhkan maruah dan sebagainya. Manakala kesan negatifnya pula ialah apabila
perasaan malu dalam diri seseorang itu terlampau malu tidak bertempat, merka
mungkin menghadapi kesukaran dalam berbagai perkara seperti berhadapan dengan
orang ramai, tidak yakin membuat sesuatu perkara dan sebagainya.
Justeru, perasaan malu perlu dikawal dengan baik
agar ia tidak mendatangkan kesan negatif di dalam diri.
5. Reda
Perasaan reda atau pasrah wujud di dalam diri
seseorang apabila sesuatu perkara atau peristiwa telah berlaku sama ada yang
baik atau buruk. Perasaan ini selalunya timbul di dalam diri seseorang yang
mempunyai pemikiran positif dan tidak mudah putus asa.
Selalunya, apabila seseorang ditimpa musibah,
mereka akan menyalahkan orang lain serta tidak dapat menerima musibah dan
mengeluh. Tetapi, kepada orang yang mempunyai pemikiran positif, mereka dapat
menerima musibah dengan hati terbuka dan menganggap ia sebagai satu ujian
daripada Tuhan. Mereka akan reda dengan ketentuan Ilahi dan bangkit dari
kesilapan untuk memperbaiki kelemahan.
6. Rindu
Emosi rindu merupakan suatu perasaan yang selalu
kita dengari. Rindu merupakan satu perasaan yang menyeksakan bagi sesetengah
orang. Perasaan ini berkait rapat dengan hubungan sesama manusia.
Perasaan ini tercetus apabila orang yang disayang
atau rapat tidak ada di depan mata. Apabila orang yang disayang itu berjauhan,
maka perasaan rindu pada orang itu mula timbul. Ada orang kata, ubat hilangkan
rindu ialah berjumpa dengan orang yang dirindu itu.
7. Sedih
Emosi sedih akan timbul bilamana seseorang
dihadapkan pada keadaan yang mengecewakan, menggelisahkan atau muncul sebagai akibat penderitaan kerana luka
atau sakit.
Emosi sedih boleh membuatkan seseorang itu berasa
tertekan dan murung. Justeru, apabila seseorang berasa sedih, dia hendaklah
mengawal perasaan itu dengan sebaiknya. Membuat aktiviti seperti bersenam,
berjumpa kawan-kawan dan sebagainya dapat melupakan seketika perasaan sedih
itu. Jika boleh, kongsi perasaan sedih itu bersama teman rapat agar perasaan
sedih dapat dikurangkan.
8. Marah
Marah adalah merupakan emosi yang hadir bersama
emosi yang lain seperti kecewa, tersinggung, malu, tertekan, takut, rasa tidak
dihargai, tidak diterima dan bimbang. Pertembungan emosi tersebut menyebabkan kita marah.
Kemarahan yang
kita pamerkan ini kadangkala sukar untuk kita kawal sehingga wujudnya
perlakuan-perlakuan negatif yang kita sendiri tidak bermaksud untuk melakukannya.
Sekarang ini banyak kita baca dan kita lihat pelbagai insiden yang melibatkan
emosi marah.
Apabila kita
marah seluruh tubuh kita bertindakbalas terhadap rangsangan emosi tersebut.
Dalam konteks fisiologi, tubuh kita menggeletar, jantung berdegup kencang dan
suara menjadi kuat. Apabila ini yang berlaku, maka kita perlu bersikap rasional
kerana ianya boleh mengundang perkara yang buruk.Apapun,
kemarahan itu sebenarnya boleh dikawal dan diuruskan dengan baik. Di negara
barat, institusi yang berkaitan dengan pengurusan marah banyak diwujudkan.
Tidak seperti negara asia yang masih lagi terbelenggu dengan perasaan malu
untuk berjumpa kaunselor atau psikatri untuk meluahkan pendaman mereka akibat
rasa marah.
9. Takut
Takut ialah perasaan terancam, suatu motivasi
ingin memastikan keselamatan diri dari aspek fizikal dan psikologi.
Berlakunya ketegangan mental akan memunculkan rasa
takut. Ketakutan seseorang individu berbeza dengan ketakutan individu yang lain. Ada yang takut melihat ular, anjing, takut pada ketinggian, takut berbicara hadapan
orang ramai dan sebagainya.
orang ramai dan sebagainya.
10. Cemas
Asalkan tidak keterlaluan, sebenarnya ia membantu
seseorang berusaha mengambil langkah mengelak diri dari menghadapi masalah,
belajar menahan perasaan bimbang dan bertindak proaktif untuk menunjukkan
sesuatu yang terbaik.
11. Rasa bersalah
Wujud bila seseorang
melakukan sesuatu yang dianggap ‘keluar’ dari ’standard’ tingkah laku yang
baik. Seseorangl akan berusaha untuk tidak dianggap bersalah dengan berakhlak
sebaik mungkin dan sekiranya kesalahan tetap atau sudah dilakukan, perasaan ini
merangsang seseorang meluahkan perasaan dan menyedari agar berusaha untuk tidak
mengulangi pada waktu yang lain.
12. Geli
Selalunya dikaitkan dengan makanan, bau dan pandangan, suatu yang
semula jadi menjadikan seseorang berhati-hati agar tidak ‘terkena’ apa yang
yang beliau geli. Perasaan ini perlu dihormati dan bantu
mereka mencari sebab mengapa mereka berperasaan begitu.
13. Kecewa
Perasaan kecewa timbul apabila sesuatu yang kita
inginkan tidak tercapai. Kecewa juga boleh hadir apabila orang yang kita
percaya menipu diri kita. Kita akan menangis atau bermurung ketika bersedih. Selalunya, perasaan sedih akan beransur
hilang dari hari ke hari. Selepas kecewa, kita mungkin akan bangkit dari
kekecewaan dan bangkit menebus kekecewaan itu.
14. Terkejut
Seseorang
apabila dia menduga sesuatu akan berlaku tetapi yang terjadi itu
adalah tidak terduga maka akan membuat dia merasa terkejut dan akibatnya
jiwa akan tertekan. Semasa terkejut, degupan jantung akan bertambah dan kadang kala badan akan menggigil.
adalah tidak terduga maka akan membuat dia merasa terkejut dan akibatnya
jiwa akan tertekan. Semasa terkejut, degupan jantung akan bertambah dan kadang kala badan akan menggigil.
15. Stress
Satu keadaan gangguan emosi, pemikiran dan fizikal
seseorang. Apabila seseorang mengalami stress, mereka akan menunjukkan
tanda-tanda dan perubahan fizikal seperti sakit, terlalu kurus atau gemuk,
hilang keceriaan diri, lesu, letih dan sebagainya. Mereka juga mengalami
perubahan sikap seperti mudah marah, bosan, tidak mampu menguruskan diri,
sentiasa berpandangan negatif, hilang pertimbangan dan sebagainya.
16. Cemburu
Cemburu merupakan suatu perasaan yang ada di dalam
diri setiap manusia. Perasaan cemburu timbul apabila seseorang berasa tidak
setanding dengan orang lain. Sebagai
contoh, seseorang akan berasa cemburu apabila orang lain lebih hebat atau
dipandang tinggi berbanding dirinya.
Cemburu juga
berlaku apabila orang yang kita sayangi atau cintai rapat dengan orang lain. Sebagai
contoh, si isteri akan berasa cemburu apabila suaminya rapat dengan perempuan
lain.
PERASAAN YANG MENANDAKAN PENYAKIT
1. Gembira dan
kegirangan
Meskipun
biasanya perasaan bahagia menunjukkan keadaan jiwa yang sihat, kegembiraan yang
berlebihan atau euforia dapat menunjukkan keadaan fizikal dan mental yang tidak
sihat. Seseorang yang selalu tampak girang sepanjang waktu berisiko mengalami
gangguan jantung atau paling tidak yang lebih masuk akal adalah gangguan
mental.
2. Gelisah dan
resah
Menurut ilmu
perubatan China, rasa panik dan gelisah yang muncul sepanjang waktu juga
berhubungan dengan kesihatan jantung. Terlebih jika kegelisahan itu disertai
gejala-gejala seperti palpilasi (palpitations) atau jantung berdebar dan peluh
dingin.
3. Risau
4. Sedih dan
pilu
Masalah pada
sistem pernafasan terutama paru-paru boleh membuat seseorang nampak selalu
sedih sepanjang hari. Kebetulan, serangan asma dan radang tekak cenderung juga
lebih sering terjadi dalam suasana duka, batuk-batuk lebih sering dialami orang
yang hidupnya menderita.
5. Takut
Jika bukan
kerana sifatnya yang memang penakut, seseorang yang selalu ketakutan mungkin
punya masalah dengan ginjal. Kemungkinan lainnya adalah tekanan berlebih pada
tulang punggung bahagian bawah, infeksi saluran kencing atau gangguan fungsi
seksual.
6. Marah
Ilmu perubatan
China mengenal energi Qi, yang jika mengalami peningkatan secara berlebih
kesannya boleh membuat seseorang jadi lebih pemarah. Peningkatan energi Qi juga
berhubungan dengan munculnya masalah pada hati, serta berbagai gejala seperti
sakit kepala, pening dan mata marah.
Perasaan ini
normal cuma jangan berlebihan dalam berperasaan nanti memakan diri. Cari
sesuatu pengganti untuk mengubati perasaan Anda, sebagai contoh jika Anda sedih
buat perkara yang dapat mengurang dan menghilangkan kesedihan Anda.
BAGAIMANA MAHU MEMBENTUK EMOSI YANG BAIK?
- Sentiasa berdampingan dengan orang-orang positif
- Jangan tunggu sehingga sesuatu perkara menjadi teruk
- Fikir sebelum bercakap
- Tarik nafas panjang-panjang
- Belajar untuk menerima kekurangan orang lain
- Belajar untuk menjaga air muka, contohnya berfikir positif dengan berkata “ saya tahu awak baik
- Jangan bertekak atau suka bercakap mempertahankan diri
- Jangan cakap apa yang anda rasai, tetapi sebaliknya berfikir apa yang bakal terjadi
- Jangan menyalahkan orang lain atau membuat orang berasa bersalah.
- Elakkan bercakap dalam tempoh yang terlalu lama
KESAN-KESAN PERUBAHAN EMOSI
1)Menahan marah
2)Memendam rasa
3)Amalan kepada sikap negatif dan menyimpan
sesuatu
4)Tekanan yang melampau di dalam hati
5)Ketegangan emosi
6)Minda yang tidak bertolak ansur
7)Kekesalan yang melampau
8)Mudah menyesal
9) Mudah merungut perkara remeh temeh
10)Tidak boleh memikirkan penyelesaian dengan bijak
10)Tidak boleh memikirkan penyelesaian dengan bijak
EMOSI
Pengertian Emosi
Gangguan emosi adalah keadaan emosi yang menyebabkan gangguan pada diri
seseorang, baik kerana emosi yang timbul terlalu kuat atau emosi yang tidak
hadir. Kerana pada hakikatnya tidak ada emosi yang positif dan positif,
tergantung persepsi individu yang terkait dan akibat yang akan dialaminya
Emosi merupakan
reaksi terhadap rangsangan dari luar dan dalam diri individu. Sebagai contoh
emosi gembira mendorong perubahan suasana hati seseorang, sehingga secara
fisiologi terlihat tertawa, emosi sedih mendorong seseorang berperilaku
menangis.
Emosi berkaitan dengan perubahan fisiologi dan berbagai fikiran.
Jadi, emosi merupakan salah satu aspek penting dalam kehidupan manusia, kerana
emosi dapat merupakan motivator perilaku dalam erti meningkatkan, tapi juga
dapat mengganggu perilaku intensional manusia.
Setiap individu mempunyai emosi sendiri. Terdapat banyak jenis emosi
asas manusia yang kerap dirasai oleh kita. Contoh emosi asas manusia ialah
perasaan gembira, simpati, malu, sedih, marah dan takut. Berikut ialah huraian
dan contoh situasi emosi asas manusia.
Emosi boleh dikenalpasti sebagai satu keadaan yang
dialami oleh seseorang manusia yang melibatkan beberapa perubahan proses
fisiologi, diri dan psikologi. Perubahan pada emosi ini akan mempengaruhi
komunikasi emosi seperti ekspresi muka, perkataan, isyarat dan tingkahlaku lain
yang dipaparkan oleh seseorang itu.
Contoh emosi asas manusia yang pertama ialah perasaan gembira. Apabila
seseorang berasa gembira, mereka akan melahirkan rasa seronok dan menggalakkan
mereka berkongsi perkara yang gembira itu dengan orang lain. Perasaan gembira
membuatkan seseorang berasa bersemangat dan melupakan masalah yang dihadapi
seketika. Apabila seseorang gembira, pipinya terangkat, mata berbentuk bulan
sabit serta bibir berbentuk perahu. Kadang kala, perasaan gembira itu terlampau
dan akan menyebabkan seseorang itu menangis. Contohnya, apabila seseorang
peserta nyanyian berjaya memenangi sesuatu pertandingan, individu tersebut akan
berasa gembira dan akan memberitahu berita itu kepada ahli keluarga, sahabat,
jiran tetangga dan sebagainya.
Contoh emosi asas manusia
Contoh emosi asas manusia yang kedua ialah perasaan marah. Marah ialah
emosi yang hadir bersama emosi yang lain seperti kecewa, tersinggung, malu,
tertekan, takut, rasa tidak dihargai dan bimbang. Kemarahan itu kadangkala
sukar untuk dikawal sehingga wujudnya perlakuan-perlakuan negatif yang manusia
sendiri tidak bermaksud untuk melakukannya. Apabila kita marah seluruh tubuh
kita bertindak balas terhadap rangsangan emosi tersebut.
Dalam konteks
fisiologi, tubuh kita menggeletar, jantung berdegup kencang dan suara menjadi
kuat. Apabila ini yang berlaku, maka kita perlu bersikap rasional kerana ianya
boleh mengundang perkara yang buruk. Contohnya, apabila seorang anak bersikap
nakal, ibu akan berasa marah. Sesetangah ibu akan memarahi anaknya, sesetangah
ibu pula akan cuba berbincang dengan anaknya dengan tenang.Contoh emosi asas manusia yang ketiga ialah perasaan bangga. Perasaan
ini tercetus apabila seseorang berasa dirinya dihormati dan dihargai oleh orang
lain atau apabila ia mencapai apa yang diharapkan.
Perasaan bangga juga boleh
tercetus apabila seseorang itu berjaya melakukan sesuatu hasil usahanya
sendiri. Selain itu, rasa bangga juga tercetus apabila seseorang itu dipuji
kerana kelebihan yang dimilikinya oleh orang lain. Sebagai contoh, seseorang
pelakon akan berasa bangga apabila diri mereka dipuji kerana mempunyai bakat
dalam lakonan. Perasaan bangga juga boleh membawa kepada kesan negatif. Sebagai
contoh, apabila seseorang itu terlampau berbangga dengan dirinya, mereka mudah
terlupa dan seterusnya mungkin mulai menjadi sombong. Perasaan bangga seharusnya
dikawal agar tidak mendatangkan kesan buruk terhadap diri sendiri dan orang
lain.
Contoh emosi asas yang seterusnya ialah perasaan sedih. Emosi sedih
akan timbul apabila seseorang berhadapan dengan keadaan yang mengecewakan,
menggelisahkan atau muncul sebagai akibat penderitaan kerana luka atau sakit.
Emosi sedih boleh membuatkan seseorang itu berasa tertekan dan murung. Justeru,
apabila seseorang berasa sedih, dia hendaklah mengawal perasaan itu dengan
sebaiknya. Sebagai contoh, apabila seseorang pelajar telah gagal dalam
peperiksaan, dia akan berasa sedih. Pada masa itu, pelajar tersebut perlulah
berjumpa dengan rakan-rakan atau ahli keluarganya untuk meluahkan perasaan
sedihnya supaya tidak menimbulkan fikiran yang negatif.
Tanda-tanda atau perubahan emosi seseorang
Jika seseorang itu mudah marah jika bertanya perkara yang remeh temeh, mudah
terasa hati jika ditegur, cepat down apabila ditimpa masalah,
terlalu memandang sesuatu yang kecil menjadi perkara yang rumit dan bercakap
sesuka hati tanpa memikirkan emosi atau perasaan orang lain.
Individu yang memiliki tahap kecerdasan emosi yang tinggi
adalah seorang individu yang boleh mengawal perasaan dan tindakan sendiri,
mempunyai daya ketahanan untuk mencapai matlamat hidup, boleh mengurus perasaan
negatif serta mudah menjalinkan persahabatan dengan orang lain. Manakala
individu yang memiliki tahap kecerdasan emosi yang rendah pula akan bertindak
mengikut perasaan tanpa memikirkan akibatnya dan mempunyai matlamat hidup yang
kurang jelas. Selain itu juga, individu tersebut kurang mahir mengurus perasaan
negatif serta kurang mahir dalam menjalinkan persahabatan dengan orang lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)