Pages

Saturday, 14 March 2015

ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN SEMASA

GURU DAN CABARAN

TANGANI STRESS

MENGENDALIKAN STRES DI KALANGAN GURU


Kesemua faktor yang menyumbang kepada masalah stres di kalangan guru seharusnya diambil perhatian sepenuhnya oleh semua pihak seterusnya di atasi dengan cara yang palin sesuai dan berkesan. Sebagai tunggak pendidikan negara, guru sememangnya perlu bijak menangani segala isu pendidikan agar dapat mengawal stres. Oleh itu, guru perlu bijak dalam mengendalikan stres. Kegagalan guru untuk mengendalikan stres memberikan kesan negatif kepada kesejahteraan fizikal, mental dan emosi guru sekaligus menjejaskan profesion keguruan dan bidang pendidikan negara.

Stress dalam kalangan guru dapat dikendalikan dengan strategi berikut:

1.Kenal pasti reaksi emosional.




Apabila keperluan emosi dapat dikenal pasti maka seseorang guru boleh menangani stress dengan cara yang lebih positif. Contoh situasi, seorang guru perempuan tidak bersefahaman dengan pengetua di sekolahnya. Guru tersebut telah menangani stress dengan cara yang negatif, iaitu menengking pengetua itu. 

Setelah guru tersebut mengetahui keperluan emosi dalam dirinya, guru tersebut sedar bahawa tindakannya adalah kerana suatu masa dahulu ayahnya telah menggunakan pendekatan yang sama oleh pengetua itu, iaitu lagak bapa yang menghukum anaknya. Guru tersebut sedar bahawa dia inginkan pengetua itu menghargai beliau. Guru tersebut telah berhadapan dengan pengetua dan memberitahu perasaannya itu. Akhirnya, hubungan mereka berjaya dipulihkan.

2. Komitmen sosial.

Apabila berhadapan dengan stress, guru memerlukan sokongan daripada orang-orang di sekelilingnya. Oleh itu, komitmen sosial amatlah penting.


3.Kehidupan fizikal.

Stress menjejaskan kesihatan dari segi imunisasi tubuh. Oleh itu, seseorang guru harus tahu teknik yang berkesan untuk menangani stress terutamanya menjelang waktu-waktu tekanan memuncak seperti musim peperiksaan pelajar dan pertukaran pentadbiran di sekolah.

Pengetahuan dalam senaman rutin dan pelan makanan seimbang boleh membantu guru menangani stress. Seorang guru perlu memberi perhatian kepada penjagaan kesihatan dan kecergasan diri. Perbanyakkan melakukan dan menyertai aktiviti yang menjurus kepada senaman berbentuk fizikal seperti aerobik dan bermain badminton serta melakukan secara beramai-ramai bagi menimbulkan suasana yang harmoni dan penuh gelak-ketawa.

Selain dari menjaga kecergasan diri, guru juga boleh bersosial dengan teman-teman rapat dalam masa yang sama untuk bertukar-tukar pandangan dan pendapat  tentang sesuatu isu.

Semua guru haruslah mengamalkan gaya hidup yang sihat dalam kehidupan seharian. Ini termasuklah menjaga soal pemakanan dengan pengambilan makanan yang seimbang serta banyak menghabiskan masa dengan keluarga dan mengelakkan gaya hidup yang negatif seperti merokok, minum arak, berhibur di kelab malam dan sering tidur lewat.


4.Intelek
Guru hendaklah bergaul dengan golongan yang memiliki tahap intelek yang serupa dengan mereka kerana aspek intelek boleh membantu guru menangani stress (Gold Yvonne dan A. Roth Robert, 1993).

Dengan menjadi guru tidak semestinya kita tidak perlu menambah ilmu pengetahuan terutamanya dalam mengetehui cara mengatasi stres. Guru seharusnya terus memperbanyakkan maklumat mengenai pengurusan tekanan dari pembacaan buku ataupun rencana akhbar mahupun menonton rancangan-rancangan berkaitan di televisyen. Lebih banyak maklumat yang diperolehi maka  lebih mudahlah untuk seseorang guru mengurus tekanannya.

Stress jika dibiarkan, boleh mendatangkan kesan sampingan yang tidak baik. Justeru adalah penting untuk mengubah diri individu untuk menangani stress dengan cara yang terbaik. Kenal pasti punca yang menyebabkan masalah tersebut dan ubah. Dengan mengetahui punca stress tersebut, individu bukan hanya meringankan masalah kini malah menghindarkan berulangnya masalah serupa pada masa akan datang. 

Contohnya, jika seseorang guru kecewa dengan perbalahan dengan pelajarnya, guru tersebut mungkin menyedari bahawa punca kekecewaannya itu bukan disebabkan oleh tingkah laku pelajar tetapi harapan yang tidak realistik guru berkenaan. Dengan mengubah standard yang ingin dicapai, guru tersebut akan mendapati bahawa tingkah laku pelajar tidak lagi mengganggunya.












TEKANAN EMOSI DIKALANGAN GURU

TEKANAN DI ALAMI OLEH GURU


Tekanan atau stress adalah satu tindakbalas fisiologikal dan psikologikal ke atas permintaan terhadap seseorang. Ini bermaksud, tekanan yang melanda seseorang akan menyebabkan fikiran dan fizikal individu tersebut bertindak balas mengikut keadaan dan tahap tekanan tersebut. Sekiranya tahap tekanan tersebut adalah rendah maka tindakbalas individu terbabit juga tidak terlalu besar dan begitu juga sebaliknya. Stres merupakan perkataan pinjaman yang bersal daripada perkataan bahasa Inggeris; “stress” yang membawa maksud tekanan, titik berat, dan ketegangan.

Menjadi guru biasa kini tidaklah semudah yang disangka. Cabaran tugas dan tanggungjawab yang diletakkan di bahu guru-guru kini ternyata amat berat.Pendidikan yang menjadi teras pembentukan mana-mana generasi turut terpanggil dan terheret untuk menangani cabaran era globalisasi. Acuan pendidikan yang tepat dan bersesuaian amat penting bagi menentukan hala tuju pembinaan tamadun manusia dan negara di Malaysia.


Untuk menanggani cabaran-cabaran yang dihadapi , seseorang guru itu perlulah mempunyai ciri dan kualiti yang profesional sesuai dengan peroses globalisasi ini. Cabaran guru untuk merealisasikan Misi Kementerian Pendidikan, khasnya meningkatkan kualiti sekolah ialah guru haruslah sentiasa berusaha meningkatkan taraf professional melalui latihan dalam perkhidmatan, perlaksanaan penyelidikan tindakan secara kolaborasi, membuat refleksi kendiri, memupuk budaya ilmu, menambah ilmu dan kemahiran melalui e-pembelajaran dan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang terkini untuk merancang serta melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.


Seorang guru berkualiti juga perlu mempertingkatkan Profesionalisme. Guru harus sedar tentang tugas dan amanah yang dipikul untuk mendidik generasi yang akan mencapai wawasan negara. Kemahiran dan pengetahuan dalam aspek pendidikan perlu dikemaskini. Berusaha mengaplikasi kaedah- kaedah pengajaran dan pendidikan terkini. Guru perlu menyambut baik dengan mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak-pihak berwajib agar dapat mempertingkatkan keupayaan, ketahanan dan prestasi bagi mendepani cabaran yang semakin kompleks ini. Dengan ini suatu anjakan paradigma dapat dilakukan oleh para pendidik.



Terdapat banyak punca berlakunya stres dikalangan guru. Faktor-faktor ini dapat dibahagikan kepada lima faktor utama;

  • Faktor diri.
  • Faktor interpersonal.
  • Faktor organisasi.
  • Faktor kekurangan sumber.

Faktor diri

Pada zaman yang sangat mencabar, pekerjaan yang diimpikan amat sukar untuk diperolehi. Kebanyakan mahasiswa keluaran universiti-unversiti tempatan terpaksa mengangur begitu lama untuk mencari pekerjaan yang selesea, mudah, dan menjanjikan gaji yang lumayan.
Profesion keguruan sering dilihat sebagai pilihan terakhir. 

Sering kali profesion ini dianggap sebagai profesion peringkat pertengahan di bawah profesion professional yang lain seperti doktor, jurutera, peguam dan lain-lain. Ini menyebabkan ramai dikalangan guru yang tidak ikhlas semasa memilih profesion ini. Mereka meramalkan profesion ini begitu selesa dan tidak menyusahkan kerana beranggapan tanpa latihan asas pun mereka masih boleh menjadi guru dan menerima gaji bulanan yang lumayan disamping cuti yang banyak.

Hal ini menyebabkan golongan guru seperti ini menghadapi tekanan sebaik sahaja menjalani kehidupan sebagai seorang guru kerana realiti situasi yang dihadapi tidak seperti apa yang diramalkan. Menjadi seorang guru bukanlah sesuatu yang mudah. Insan guru mestilah insan yang ikhlas dan sanggup berkorban.


Faktor Interpersonal

Daripada kajian yang telah dijalankan,di antara faktor interpersonal stres dikalangan guru ialah meraka merasakan diri mereka tersisih daripada rakan sekerja. Selain daripada itu, rakan guru juga mementingkan diri serta tidak menghormati tindakan, perasaan serta pendapat dari rakan guru yang lain.

Hal ini sepatutnya tidak berlaku kerana setiap insan guru perlulah meningkatkan motivasi diri, menanam sikap tolong menolong, bekerjasama dalam menyelesaikan sesuatu tugasan yang ditetapkan. Di samping menghormati perasaan dan pendapat rakan sekerja dengan hati yang terbuka dan cuba mempertingkatkan kelemahan yang ada pada diri.


Faktor Organisasi

Faktor organisasi merupakan antara faktor yang terbesar menyebabkan stres dikalangan guru. Faktor ini juga merupakan faktor yang utama dalam sektor awam selain guru. Antara faktor-faktor stres yang dikategorikan sebagai faktor organisasi ialah;

  • Semua kerja perlu segera - kesuntukan masa.
  • Tugasan kerja berterusan (kronik).
  • Perbezaan persediaan tugas dengan ketetapan tugas.
  • Tugasan kerja kerana kuantitatif dan kualitatif.
  • Perubahan dasar yang drastik.

Faktor kekurangan Sumber.

Kekurangan sumber terutamanya sumber tenaga manusia merumitkan lagi masalah stres yang dihadapi dalam bidang keguruan. Kekurangan guru sememangnya diakui merupakan faktor yang rumit dan sukar diatasi.

Hal ini menabahkan lagi bebanan kerja guru-guru sedia ada secara terus menerus. Tahap stres guru sememangnya bertambah berikutan keadaan jumlah guru yang kurang dan tidak seimbang serta peningkatan jumlah murid tahun, guru-guru seringkali memikul tanggung jawab dan bebanan yang banyak.











PENGURUSAN EMOSI



 


 

Template by cikgumalarvile